Selasa, 31 Desember 2013
Salji DiBumi Madinah Tanda Besar Kiamat

Salji di Madinah antara tanda-tanda kiamat
Ada tiga tanda fenomena dari tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
- Perceraian banyak terjadi
- Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
- Banyak Quran diberikan hiasan
- Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
- Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
- Berbagai peralatan muzik dimainkan
- Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
- Perzinaan dilakukan terang-terangan
- Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
- Orang yang amanah dianggap pengkhianat
- Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
- Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
- Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
- Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
أُبَشِّرُكُمْ بِالْمَهْدِيِّ يُبْعَثُ فِي أُمَّتِي عَلَى اخْتِلَافٍ مِنْ النَّاسِ
وَزَلَازِلَ فَيَمْلَأُ الْأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلًا كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا وَظُلْمًا
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.”
(HR Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.”
(HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan mengetuai pembebasab dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.

تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ
ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri kemenangan kamu keatasnya.”
(HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi mengarahkan pasukannya ke kota Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang terletak di sebelah timur kota Damaskus, tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa ’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.

Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
" ينزل عيسى بن مريم ، فيقول أميرهم المهدي : تعال صل بنا ،
فيقول : لا إن بعضهم أمير بعض ، تكرمة الله لهذه الأمة " .
"Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka Al-Mahdi: "Mari pimpin solat kami." Berkata Isa ’alihis-salaam: "Tidak. Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan Allah bagi Umat ini."
(Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.
Senin, 30 Desember 2013
Arwah Nak ‘Tunggu’ Di Chicha
BACHOK – Mangsa kemalangan maut lewat malam Sabtu lalu dikatakan tidak sempat ‘makan colek’ dan berbuka puasa bersama rakannya seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Mohd Shafiq Suhaimi, 19, meninggal dunia akibat cedera para di kepala selepas terlibat dalam kemalangan kira- kira jam 11.30 malam di Chicha, Kubang Kerian.
Sebelum kejadian, mangsa bersama empat lagi rakannya, Mohd Hafiz Mohd Arifin, 19; Mohd Azim Mohamed, 19; Mohad Faizal Adam Adha, 19; Mohd Amirul Asyraf Abdullah, 19, dalam perjalanan dari Wakaf Stan ke Kota Bharu untuk ‘makan colek’.
Makan colek sebelum pulang ke Pulau Pinang
Rakannya, Mohd Hafiz berkata, sebelum itu mereka berkumpul di jalan belakang istana Kubang Kerian sebelum ke Kota Bharu.
“Kami ingat nak makan colek bersama ke tempat yang agak jauh sikit sebab keesokan harinya (Ahad) dia dah nak balik ke Institusi Teknikal Jepun Malaysia (JMT) di Pulau Pinang.
“Selepas lampu isyarat di Kubang Kerian, kami terus menghala ke Kota Bharu untuk singgah di Pasir Hor ke rumah Mohd Faizal. Sebaliknya dia ke kiri menghala ke Kampung Chicha,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Hafiz berkata, selepas tiba di rumah Mohd Faizal di Pasir Hor, mereka cuba menghubungi telefon bimbit arwah tetapi tiada jawapan.
Beberapa minit kemudian, mangsa menelefon seorang lagi rakan mereka, Mohd Azim Mohamed, 19, memberitahu dia berada di Kampung Chicha.
“Saya tak tahu macam mana dia boleh menghala ke situ sebab dia berada paling belakang antara kami.
“Bila dia telefon Azim, dia hanya beritahu dia tunggu di Chicha. Lepas tu dia terus letak telefon,” katanya.
Mohd Hafiz berkata, arwah seorang yang tidak lokek untuk membantu rakan dan bukan seorang yang mudah berkecil hati dengan gurauan rakan-rakan.
“Malam tu arwah tak banyak cakap. Masa berkumpul di belakang istana, dia cuma tepuk atas topi saya dua tiga kali.
“Hari tu kebetulannya ulang tahun kelahiran saya. Saya syak mereka ada rancangan untuk kenakan saya. Saya tak sangka kejutan ulang tahun kelahiran saya berakhir dengan kehilangan dia salah seorang rakan sejak kami di sekolah menengah teknik lagi,” katanya.
Dimaklumkan abang Mohd Azim
Bagi rakan karibnya, Mohd Azim berkata, mereka hanya mengetahui kejadian itu 10 minit selepas tiba di rumah Mohd Faizal, apabila abangnya, Mohd Hanif, 24, menghubunginya untuk memberitahu arwah terlibat dalam kemalangan.
“Kebetulan abang saya lalu di situ dan tengok arwah terlibat dalam kemalangan. Kalau abang tak telefon beritahu, kami memang tak tahu sebab lepas tu dia tak dapat dihubungi.
“Mulanya saya ingatkan dia hanya terlibat dalam kemalangan kecil saja, tetapi tak sangka bila dia kata nak tunggu di situ, rupanya memang ajal dia di situ,” kata Mohd Azim yang menuntut di kolej yang sama bersama arwah.
Rancang buka puasa bersama
Mohd Azim berkata, sepatutnya mereka berlima berbuka puasa bersama-sama sebelum arwah pulang ke Pulau Pinang keesokan hari.
“Kami rapat sejak tingkatan empat di sekolah. Kami rancang nak berbuka bersama sebelum pulang ke kampus.
“Di JMT, saya dah semester empat, dia semester ketiga. Tiga minggu lepas dia sempat hadir majlis perkahwinan Mohd Faizal,” katanya.
Mayat arwah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia sebelum dibawa pulang keluarganya jam 3.30 pagi.
Jenazahnya disemadikan pada jam 12 tengah hari di Tanah Perkuburan Beris Kubur Besar. Arwah adalah anak kedua daripada sembilan beradik. Bapanya, Suhaimi Husin, 50, dan ibunya, Zaiton Roni, 46, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Mentera. – Sinar Harian Online
Minggu, 29 Desember 2013
Isteri Curang Ugut Bunuh Suami Ketika Dicekup
Isteri Curang Ugut Bunuh Suami Ketika Dicekup - Bukan sekadar curang, malah seorang wanita turut nekad mengacukan pisau serta mengugut untuk membunuh suaminya sejurus dia dicekup ketika asyik berasmara dengan lelaki lain di rumahnya di Desa Mentari, di sini, pagi kelmarin. Apa punya isteri la. Itu perlakuan terlampau isteri berusia 38 tahun yang juga ibu kepada lima anak terhadap suaminya yang dikahwini selama 18 tahun lalu.
Sumber polis berkata, kejadian bermula kira-kira jam 6 pagi ketika suami wanita itu, seorang kontraktor berusia 41 tahun, baru tiba di rumahnya selepas menyelesaikan urusan kerja di luar kawasan.
Menurutnya, sebaik membuka pintu rumah, lelaki itu terkejut mendapati isterinya berada dalam keadaan mengaibkan bersama seorang lelaki tidak dikenali di ruang tamu.
“Berikutan itu berlaku pertengkaran antara suami isteri terbabit sebelum kekasih kepada wanita itu turut masuk campur dan mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan termasuk mahu membunuh kontraktor itu,” katanya. – Metro
Sabtu, 28 Desember 2013
Begini cara petani Turki jemur cabai
13 Sep 2013


Para petani ini menggunakan jalan raya untuk menjemur dan mengeringkan cabai dan paprika.
©REUTERS/Umit Bektas
Okkes Sahin, seorang petani menumpahkan cabai dan paprika ke tengah jalan raya untuk dijemur di wilayah Kilis, Turki (12/9).
Okkes Sahin, seorang petani menumpahkan cabai dan paprika ke tengah jalan raya untuk dijemur di wilayah Kilis, Turki (12/9).
Umno Selangor Di Ambang Kehancuran Ini Buktinya
24 November, 2012
Posted by Addin

BATANG KALI - Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu dekat sini terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.Terdapat sebilangan jemaah menurunkan tangan untuk tidak mengaminkan doa tersebut dan ada juga yang mengambil keputusan keluar daripada masjid kerana berasa terganggu.Seorang ahli kariah masjid berkenaan, Muhammad Shaiful Harun, 35, berkata, beliau antara jemaah yang terkejut dengan bacaan doa itu kerana tidak menyangka khatib yang merupakan imam kedua masjid itu sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.
Dalam kekhusyukan mengaminkan doa akhir itu, tiba-tiba terkejut dengan doa yang menyebut kehancuran Umno dan BN.“Saya segera menghidupkan telefon bimbit dan merakam sambungan doa itu hingga akhir kerana saya sifatkan doa ini menyimpang,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini semalam.Menurutnya, kerana mahukan penjelasan beliau menunggu khatib tersebut di depan masjid dan bertanyakan sama ada doa itu tercatat dalam teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Namun, menurutnya ketika bersemuka dengan khatib tersebut beliau terus ditengking dan dikutuk dengan kata-kata kesat.“Niat saya mahu bertanya dan ingin menegur kesilapan, tapi dengan segera beliau mencaci saya.“Sambil mencaci, imam tersebut seperti cuba mencari sesuatu di celah-celah tembok pagar yang saya percaya untuk dijadikan senjata memukul saya,” katanya.
Menurutnya yang juga Pengerusi Pemuda Umno Gugusan Hulu Yam Bharu, jemaah yang melihat tindakan khatib tersebut cuba meredakan keadaan namun segalanya hanya terlerai apabila seorang anggota polis tiba membantu.Muhammad Shaiful menggesa pihak polis dan Jais menyiasat perkara itu dan memastikan tidak berulang.Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kampung Pasir, Rosli Sari lantas menurunkan tangan sebaik mendengar doa tersebut.
Beliau terpinga-pinga dan terkejut mendengar doa itu sambil berasakan kesal terhadap tindakan khatib tersebut.“Saya terasa sangat dan terus menurunkan tangan. Sambil mendengar doa itu hingga akhir, saya masih tertanya-tanya mengapa khatib membaca doa seperti itu.“Sebab saya tidak pernah mendengar doa sebegitu ketika solat. Kalau melihat doa disampaikan adik (Mursyidul Am Pas) Nik Abdul Aziz, hanya dalam berita di televisyen, tapi ini depan mata,” katanya.~sinar
Jumat, 27 Desember 2013
Ibrahim Ali habiskan masa dengan teh tarik
Malaysiakini Nov 19 2013
VIDEO l 3:04 mins
Presiden kumpulan pendesak Melayu Datuk Ibrahim Ali menarik perhatian media hari ini, hanya selepas tiga jam dijatuhkan hukuman selepas didapati bersalah menghina mahkamah.
Walaupun didenda RM20,000 dan penjara sehari serta dibawa ke lokap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, beliau dilihat berada di kafeteria kita-kira ham 4 petang tadi.
Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan dilihat sedang minum teh tarik.
Ditanya kenapa beliau keluar daripada lokap lebih awal daripada jam 5 petang, Ibrahim berkata, pegawai terbabit membenarkannya keluar selepas membayar denda.
Beliau bagaimanapun dimaklumkan supaya tidak meninggalkan kompleks mahkamah sehingga jam 5 petang.
Mengulas keputusan hari ini, Ibrahim walaupun menerima keputusan itu menafikan membuat kenyataan yang menghina mahkamah.
Katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang kesalahan tetapi masalahnya apabila media memutar kenyataannya.
"Saya mangsa keadaan, mangsa media sosial," katanya.
Walaupun didenda RM20,000 dan penjara sehari serta dibawa ke lokap di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, beliau dilihat berada di kafeteria kita-kira ham 4 petang tadi.
Ibrahim, bersama peguam dan rakan-rakan dilihat sedang minum teh tarik.
Ditanya kenapa beliau keluar daripada lokap lebih awal daripada jam 5 petang, Ibrahim berkata, pegawai terbabit membenarkannya keluar selepas membayar denda.
Beliau bagaimanapun dimaklumkan supaya tidak meninggalkan kompleks mahkamah sehingga jam 5 petang.
Mengulas keputusan hari ini, Ibrahim walaupun menerima keputusan itu menafikan membuat kenyataan yang menghina mahkamah.
Katanya, beliau tidak pernah membuat sebarang kesalahan tetapi masalahnya apabila media memutar kenyataannya.
"Saya mangsa keadaan, mangsa media sosial," katanya.
Kamis, 26 Desember 2013
Ngeh tarik balik tweet minta maaf kepada umat Islam
Wartawan Sinar Harian
20 September 2012
20 September 2012
Paparan kenyataan Ngeh Koo Ham yang diambil dari Facebook.
Di Malaysia, demonstrasi akan diadakan di ibu negara oleh Pemuda Pas dan Pemuda Umno, esok.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan tweet saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.
Koo Ham menerusi Twitternya menyebut Khairy wants muslims to protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini).
Paparan yang dibuat pada 17 September jam 1.43 tengah hari itu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terutama Pas yang menyifatkan Koo Ham tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam.
Di Ipoh sendiri, sehingga jam 3 petang tadi, empat laporan polis dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 18 september lalu.
Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan berkata, mesej itu dibuat selepas melihat berita dunia di CNN, BBC dan Al Ajazeera yang menunjukkan bantahan dilakukan di seluruh dunia hingga mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan sebagainya.
“Saya mahu masyarakat kita untuk berfikir lebih mendalam dengan mengambil kira cara kita sebagai tindak balas kepada provokasi atau mana-mana isu yang mendepani kita.
“Saya sama sekali tidak membantah tujuan perhimpunan itu kerana saya sendiri dalam penglibatan politik selama 23 tahun turut terlibat dalam demonstrasi,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas.
Menurut beliau, pendiriannya dalam isu berkenaan sama seperti rakan Pakatan Rakyat lain yang mengutuk penyebaran video itu yang jelas memperkecilkan agama Islam.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, beliau tidak mahu isu Twitternya diputar belit seolah menunjukkan beliau anti-Islam.
Beliau turut memaklumkan, pihaknya tidak membantah malah menghormati sekiranya Pas membuat keputusan untuk bergabung dengan Pemuda Umno untuk menyertai bantahan yang akan diadakan esok.
Rabu, 25 Desember 2013
Meninggal Gara gara Pengguran Hasil Kecurangan
indah.con 31 Jul 2012

Surabaya, Hubungan gelap antara Emilia Rohma, 29, Jalan Greges Gg Makam, dan Agus Hariyanto, 30, Morokrembangan, berujung tragedi.
Emilia meninggal dunia setelah kehabisan darah setelah melakukan pengguguran.
Bahkan pengguguran dilakukan hanya berjarak 50 meter dari Mapolsek Krembangan Surabaya.
Emilia dan Agus, merupakan teman SMP, dan melangsungkan hubungan gelap, kerana suami Emilia telah tujuh tahun bekerja di Malaysia.
Sedangkan Agus sendiri telah menduda, setelah isterinya mengetahui hubungan gelap tersebut.
Keduanya pun melakukan hubungan layaknya suami isteri sah, dan telah berkali-kali melakukan hubungan seksual.
Setelah hubungan gelap tersebut berjalan satu tahun, Emilia hamil tiga bulan.
Padahal Emilia masih belum bercerai dengan suaminya. Gelap mata, keduanya memutuskan untuk menggugurkan janinnya ke tukang urut anak, Maryam, di Jalan Kalianak Timur, yang letaknya di belakang Mapolsek.
"Agus mengantarkan Emilia ke Maryam untuk gugurkan kandungan setelah itu dia pergi. Ternyata pengguguran gagal dan Emilia banyak mengeluarkan darah," kata Kanit Reskrim Polsek Krembangan, AKP Effendi.
Dalam keadaan panik, anak Maryam, Asmara mengantarkan mangsa ke salah satu bidan kandungan, Ariyanti. Namun bidan tidak sanggup menangani dan dirujuk ke Rumah Sakit PHC Perak.
"Di RS akhirnya mangsa meninggal dunia, saat di RS korban tanpa identiti sehingga kami sempat kesulitan mengungkap kes ini," kata Efendi.
Emilia meninggal dunia setelah kehabisan darah setelah melakukan pengguguran.
Bahkan pengguguran dilakukan hanya berjarak 50 meter dari Mapolsek Krembangan Surabaya.
Emilia dan Agus, merupakan teman SMP, dan melangsungkan hubungan gelap, kerana suami Emilia telah tujuh tahun bekerja di Malaysia.
Sedangkan Agus sendiri telah menduda, setelah isterinya mengetahui hubungan gelap tersebut.
Keduanya pun melakukan hubungan layaknya suami isteri sah, dan telah berkali-kali melakukan hubungan seksual.
Setelah hubungan gelap tersebut berjalan satu tahun, Emilia hamil tiga bulan.
Padahal Emilia masih belum bercerai dengan suaminya. Gelap mata, keduanya memutuskan untuk menggugurkan janinnya ke tukang urut anak, Maryam, di Jalan Kalianak Timur, yang letaknya di belakang Mapolsek.
"Agus mengantarkan Emilia ke Maryam untuk gugurkan kandungan setelah itu dia pergi. Ternyata pengguguran gagal dan Emilia banyak mengeluarkan darah," kata Kanit Reskrim Polsek Krembangan, AKP Effendi.
Dalam keadaan panik, anak Maryam, Asmara mengantarkan mangsa ke salah satu bidan kandungan, Ariyanti. Namun bidan tidak sanggup menangani dan dirujuk ke Rumah Sakit PHC Perak.
"Di RS akhirnya mangsa meninggal dunia, saat di RS korban tanpa identiti sehingga kami sempat kesulitan mengungkap kes ini," kata Efendi.
sumber
osseram
Selasa, 24 Desember 2013
Gempar orang asli jumpa katak gergasi 20 kg
![]() |
| Imej mengejutkan menunjukkan katak gergasi dengan sepasang kaki belakang yang setanding dengan kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. |
GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN: Adakah anda percaya bahawa katak gergasi seberat 20kg wujud?
Mempamerkan imej makhluk gergasi yang diambil dengan kamera telefon bimbit, seorang lelaki Cina dari Gemencheh mendakwa bahawa gambar itu diambil dua minggu lalu di kawasan pergunungan di Gemencheh. Katak besar bersaiz gergasi dengan anggaran berat kira-kira 20kg, berat badan normal kanak-kanak tujuh atau lapan tahun.
Menurut beliau, haiwan yang sangat besar itu telah ditangkap oleh masyarakat Orang Asli di tepi sungai. Kawannya terkejut apabila melihat makhluk tersebut kerana sebelum ini, beliau tidak pernah melihat katak dengan saiz yang begitu besardalam hidupnya.
Lelaki itu menambah, kawannya menawarkan untuk membeli katak itu dengan hargaRM500 tetapi masyarakat Orang Asli hanya akan menjualnya dengan harga RM1, 000.Rakannya yang tidak mempunyai wang yang cukup pada masa itu, lalu beliau pulang ke rumah untuk mendapatkan wang RM1000 untuk membeli katak gergasi tersebut..
Orang Asli jatuh sakit selepas makan katak gergasi
"Apabila kawan saya pulang ke rumah masyarakat Orang Asli dengan wang itu, dia mendapati bahawa katak gergasi telah disembelih dan dimakan.Menurut beliau Orang Asli jatuh sakit selepas memakan katak gergasi dan sehingga hari ini, dia masih terlantar di katil dan tidak dapat bergerak, "katanya .
Beliau menambah, masyarakat Orang Asli tidak membenarkan mana-mana orang mengambil gambar tetapi kawannya mengambil gambar katak gergasi itu secara rahsia.
Senin, 23 Desember 2013
Tuntutan boleh ancam keharmonian

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Dr Yusri Mohamad
Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini disifatkan oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Dr Yusri Mohamad sebagai pelampau hak asasi.
Menurut beliau, tuntutan Comango tidak lebih sebagai hanya dakyah untuk menimbulkan salah faham mengenai realiti hak asasi manusia di negara ini.
Yusri yang juga Ahli Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) berkata, tujuan Comango hanya untuk mengambil kesempatan dengan terus mengelirukan sekali gus menggugat kedudukan istimewa Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ikuti wawancara penuh Sinar Harian dengan Yusri menjelang pembentangan Comango pada sesi UPR Khamis ini.
Difahamkan, MuslimUPro juga menghantar delegasi ke sesi Semakan Berkala Universal pada 24 Oktober ini?
MuslimUPro diwakili tiga kumpulan seramai 16 orang, diketuai Azril Mohd Amin, yang juga Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, yang telah berada di sana sejak beberapa hari lalu.
Kita telah memutuskan untuk menghantar delegasi untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut. Gabungan kami juga telah mengemukakan memorandum berkenaan isu ini kepada Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan.
Kebimbangan terhadap tuntutan dibuat Comango?
Apabila kita tengok dalam laporan mereka itu, bukan semuanya kita tolak. Ada syor yang berkaitan hak asasi manusia yang boleh kita sepakati bersama seperti isu melibatkan pelarian, hak-hak pekerja, isu berkaitan kebebasan berpolitik.
Tetapi kita tengok isu berkaitan agama, dan isu berkaitan bangsa Melayu, kita tengok pendekatan mereka terlalu bias, bersifat merugikan Islam, mengancam kedudukan Islam, takkan kita hendak berdiam diri?
Mengenali mereka juga, sebahagian daripada mereka itu mempunyai track record yang tidak baik dalam isu agama. Mereka ini yang berpegang dengan fahaman hak asasi manusia yang terlalu kebaratan, sekular. Wajarlah kita merasa bimbang.
Orang yang membawakan isu ini bermasalah, dan kita baca laporan itu bahawa ada hitam putih, ada perenggan tertentu yang ingin menuntut hak-hak bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama negara, dan Islam dalam budaya masyarakat yang kita terima.
Contohnya, menerima secara mutlak dokumen perjanjian hak asasi peringkat antarabangsa termasuk membenarkan kebebasan keluar masuk agama secara mutlak.
Ini bukan resolusi biasa. Apabila kita sudah termeterai perjanjian itu, maknanya kita terikat dengan kontrak. Jika langgar, negara kita akan dikenakan tindakan keras.
Kita akan menghadapi tekanan yang kuat daripada pihak luar seolah-olah kita dah berjanji. Soal LGBT, sangat jelas, kenapa Malaysia masih tidak mengiktiraf LGBT dan mengapa kita menganggapnya sebagai jenayah?
Bagaimana proses UPR di Geneva berlangsung?
Apa yang berlaku di sana nanti. Delegasi rasmi kerajaan Malaysia sebagai kerajaan akan membentangkan laporan prestasi empat tahun lepas sejak proses terakhir 2009, dan buka ruang kepada orang lain mengemukakan laporan dan komentar mereka.
Proses itu berlangsung dalam bentuk perundingan dan sesi khusus itu berlangsung pada 24 Oktober ini, selama tiga jam bagi slot Malaysia. Beberapa hari selepas itu, pada 29 dan 30 Oktober, delegasi dan Kerajaan akan mengisytiharkan syor yang akan diterima, syor ditolak atau tidak komen atau sebagainya.
Kalau sudah diisytihar dan diterima, ia seolah-olah dianggap satu janji. Secara moral kita sudah terikat untuk memenuhi apa yang kita sanggupi walaupun secara tidak rasmi.
Walaupun proses ini tidak mengikat secara ketat undang-undang negara, tetapi jika kita sudah isytihar menerima sesetengah syor, maka ia merupakan janji kita kepada UPR atau PBB.
Di sini, Comango dan MuslimUPRo perupakan pelobi. Suara pelobi inilah yang akan mempengaruhi syor-syor tersebut. Biarpun pada peringkat akhir wakil rasmi delegasi negara akan menentukan syor tersebut tetapi ia bergantung kepada kuatnya tekanan suara pelobi. Sama ada Comango atau MuslimUPRo. Proses itu bergantung secara dinamik.
Kalau kerajaan kita hanya mendengar satu suara, iaitu versi pelobi Comango, itu sedikit sebanyak boleh mempengaruhi keputusan delegasi negara. Sesetengah wakil negara luar juga akan turut sama melobi apa yang dituntut oleh Comango.
Jadi kami di sana adalah sebagai suara majoriti umat Islam, selari dengan agama dan Perlembagaan negara. Kita hendak pastikan suasana perdebatan, perbahasan, perbincangan tidak hanya dicorakkan oleh sentimen hak asasi sekular.
Jika kita tidak pergi, kemungkinan apa akan berlaku adalah suasana yang terlalu bebas di mana tiada bangkangan diperlihatkan pada sesi itu. Walaupun delegasi rasmi negara akan memutuskannya, tetapi kalau suara atau suasana berat sebelah, tidak mustahil wakil-wakil kerajaan akan rasa terdorong, tertekan untuk berkompromi secara sedar atau tidak.
Itulah tujuan kami yang sebenar dan amat penting buat umat Islam di negara ini. Jika kita terlajak menerima sesetengah syor itu, maka secara moral susah untuk kita berundur.
Hal ini pernah berlaku dalam pusingan pertama pada 2009. Sebab itu kita jangan anggap bahawa walaupun UPR tidak terikat secara rasmi dengan undang-undang, tetapi ia tetap berpengaruh.
Contohnya syor pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan Akta Ordinan Darurat (EO) 1969. Antara yang kuat mendorong pemansuhan itu adalah komitmen yang kita telah tandatangani dalam UPR pada 2009.
Jangan pandang remeh UPR kerana impaknya tinggi. Selepas negara menandatanganinya, negara kita akan hadapi pelbagai tekanan supaya komitmen itu dilaksanakan.
Siapakah wakil delegasi Malaysia?
Delegasi Malaysia terdiri daripada wakil Kementerian Luar, Jabatan Peguam Negara dan jabatan dalam kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu yang ditimbulkan dalam UPR termasuk Kementerian Dalam Negeri.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga terlibat dalam UPR kerana ada beberapa tuntutan yang kita tentang itu melibatkan isu-isu agama Islam.
Delegasi pelobi terdiri daripada pelbagai NGO Islam dan berdasarkan situasi itu, dimanakah tahap keseriusan kerajaan berkenaan hal ini?
Dari satu sudut, saya rasa pihak kerajaan wajib menyiapkan laporan penggal empat tahun sebelum ini. Dari sudut itu, kerajaan telah menjalankan peranannya. Isunya di sini, pihak di luar sana seperti Comango, mereka tidak akan berpuas hati dengan apa sahaja yang dilakukan kerajaan selagi tidak memenuhi kehendak mereka.
Oleh kerana adanya puak-puak yang mahu semua pihak mendengar cakapnya, sebab itulah wakil pihak kerajaan perlu lebih bertegas dan berhati-hati. Mereka agresif. Mereka juga akan datangkan statistik dan hujah-hujah dan sekiranya kita lemah, kita akan lemas dalam arus hujah-hujah yang mereka cipta itu.
Kita mengharapkan agar wakil kerajaan pergi dengan penuh persiapan dan bersedia untuk berpegang teguh dengan asas Perlembagaan negara kita. Jangan pergi dengan sikap seolah-olah kita perlu tunduk dengan cara orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, wakil delegasi perlu pergi dengan penuh rasa harga diri dan maruah yang tinggi.
Secara nisbahnya, negara kita merupakan negara yang terbaik, yang selama ini menarik pelabur-pelabur dan para pelancong jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain. Kita tidak perlu malu di gelanggang dunia malah negara Islam lain juga hendak menumpang nama baik negara kita dan agama Islam.
Bagaimana boleh timbul tuntutan seperti yang dibuat oleh Comango?
Selagi pandangan diberikan secara beradab, wajar untuk kita mendengar tetapi tidak semestinya kita bersetuju. Mereka ibarat jiran kita, mereka mungkin boleh beri pandangan kepada kita, sebagai jiran yang baik kita dengar tetapi tidak wajib untuk kita ikut kalau kita rasa tidak sesuai.
Tidak semestinya kita terus bermusuhan, mahu menerima pakai atau tidak, kita lebih berhak untuk menilai. Malaysia sebuah negara yang dihormati, tetapi kalau nak dicari salah ikut neraca yang songsang, memang akan banyak salahnya kalau neraca yang digunakan itu sudahpun salah.
Dalam tuntutan nak minta hukum hakam, sampaikan dalam jenayah syariah itu pun bagi mereka anggap sebagai pelanggaran hak asasi, maka susahlah. Pada Islam itu yang bagus berkonsep ‘amal makruf nahi mungkar’ pegangan itu berbeza dengan di Barat yang mungkin prinsipnya lain iaitu dituduh ‘jaga tepi kain orang’.
Dalam masyarakat Timur khususnya ada perkara maksiat atau buruk dilakukan secara terangnya tidak boleh diterima dan akan ditentang oleh semua.
Andainya salah satu syor dipersetujui, apakah impaknya kepada negara?
Kalau kita sudah setuju untuk mansuhkan Seksyen 337A Kanun Keseksaan, maka secara moral dalam masa empat tahun sebelum sesi seterusnya, kita perlu kotakan janji itu. Jika tidak, empat tahun lagi kita kena menjawab. Kita juga akan ditekan oleh macam-macam pihak apabila kita sudah berikan komitmen.
Pada pandangan saudara, apakah tujuan sebenar NGO itu?
Mereka adalah kumpulan yang mempunyai ideologi hak asasi tertentu yang rata-ratanya cenderung ke arah Barat dan sekular. Hak asasi bagi mereka tanpa batas. Oleh itu, mereka yakin pandangan mereka betul dan orang lain salah.
Mereka akan memperjuangkan pandangan itu supaya menjadi polisi negara. Mereka tidak kisah apa orang kata walaupun asas mereka adalah Barat. Kita ada asas budaya, agama dan Perlembagaan, kenapa kita perlu berdiam diri? Kita perlu pertahan hak kita.
Warga Malaysia dikurung 30 tahun di London
22 Nov 2013
LONDON: Tiga wanita termasuk seorang warganegara Malaysia berusia 69 tahun berjaya dibebaskan selepas dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London, menurut kenyataan Polis Metropolitan London.Salah seorang daripada wanita berkenaan turut dipercayai dikurung sejak dilahirkan.
Dua individu, seorang lelaki dan wanita berusia 67 tahun ditahan semalam kerana disyaki terbabit dengan perhambaan domestik.
Tangkapan berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan mengenai perhambaan yang dilancarkan selepas seorang daripada mangsa menghubungi persatuan kebajikan bulan lalu dan memberitahu bahawa dia dikurung bersama dengan dua wanita lain.
Persatuan berkenaan segera menghubungi polis dan ketiga-tiga wanita itu termasuk seorang warganegara Ireland berusia 57 tahun dan warga Britain, 30, dibebaskan pada 25 Oktober.
Ketua Unit Anti Penyeludupan Manusia Polis Metropolitan, Kevin Hyland berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma kerana tidak pernah terdedah kepada dunia luar sejak 30 tahun lalu.
“Kami sedang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu dan ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.
Polis pada mulanya menolak kemungkinan ketiga-tiga mereka mempunyai pertalian darah namun menarik balik kenyataan itu kerana hubungan kesemua mangsa adalah sebahagian daripada siasatan dan polis enggan membuat sebarang spekulasi.
Bagaimanapun setakat ini tiada tanda-tanda berlakunya jenayah seksual namun mengingatkan semua pihak bahawa siasatan masih belum selesai.
Polis juga enggan membuat spekulasi mengenai motif, identiti atau hubungan antara suspek yang telah dibebaskan atas jaminan polis.
Kesemua mangsa yang masih dirahsiakan identiti, dilapor berada dalam keadaan selamat di sebuah lokasi yang tidak didedahkan di Britain dan sedang bekerjasama dengan pakar trauma sejak diselamatkan.
“Mereka berada dalam keadaan baik.
Tiga puluh tahun tidak bebas sepenuhnya adalah amat menyedihkan.” kata Anita Prem, pengasas persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa.
Tiga puluh tahun tidak bebas sepenuhnya adalah amat menyedihkan.” kata Anita Prem, pengasas persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa.
PENGASAS persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa, Anita Prem
Minggu, 22 Desember 2013
10 Taman Paling Indah Di Dunia
1. Viceroy’s Palace Garden, India

2. Het Loo,Belanda

3. Mount Stewart, Irlandia Utara

4. Powis Castle, Wales

5. Villa Lante, Italy

6. Garden of Cosmic Speculation, Scotlandia

7. Isola Bella, Italy

8. Bodnant, Wales

9. Millennium Park, Chicago

10. Peterhof, Russia
2. Het Loo,Belanda
3. Mount Stewart, Irlandia Utara
4. Powis Castle, Wales
5. Villa Lante, Italy
6. Garden of Cosmic Speculation, Scotlandia
7. Isola Bella, Italy
8. Bodnant, Wales
9. Millennium Park, Chicago
10. Peterhof, Russia
sumber
Sabtu, 21 Desember 2013
Video Aksi Magician Andy Gross Berjalan Dengan Kaki dan Badan Terpisah
Video Aksi Magician Andy Gross, Berjalan Dengan Kaki dan Badan Terpisah
Written By Bodrex Caem on 24 July 2013 | 9:08 AM

Bagaimana jika anda sedang berjalan kemudian bertemu dengan sosok laki-laki yang badan bahagian atas dan badan bahagian bawah terpisah, apa yang akan anda lakukan?.
Magician dan komedian Andy Gross melakukan satu adegan yang lumayan mengerikan, tapi ini hanyalah satu ilusi magic, kerana dia memakai alat untuk menyokong aksinya ini terlihat nyata.
Berikut Video Aksi Magician Andy Gross:
Dalam video lucu terlihat sang magician ini terpotong menjadi dua bahagian, dan banyak para pejalan kaki yang sangat terkejut melihat aksinya ini.
Beberapa orang berteriak dan ada juga yang langsung memutar badannya, dan semua kejadian lucu ini terakam oleh kamera video. Tetapi ada juga seorang wanita yang terdengar di rakaman video mengatakan bahawa ini sangat hebat.
Aksi sang komedian ini juga sempat membuat gempar di beberapa ruas jalan utama, dan ini hanyalah satu hiburan untuk sekadar memberikan terapi bagi para pejalan kaki. |
Magician dan komedian Andy Gross melakukan satu adegan yang lumayan mengerikan, tapi ini hanyalah satu ilusi magic, kerana dia memakai alat untuk menyokong aksinya ini terlihat nyata.
Berikut Video Aksi Magician Andy Gross:
Dalam video lucu terlihat sang magician ini terpotong menjadi dua bahagian, dan banyak para pejalan kaki yang sangat terkejut melihat aksinya ini.
Beberapa orang berteriak dan ada juga yang langsung memutar badannya, dan semua kejadian lucu ini terakam oleh kamera video. Tetapi ada juga seorang wanita yang terdengar di rakaman video mengatakan bahawa ini sangat hebat.
Aksi sang komedian ini juga sempat membuat gempar di beberapa ruas jalan utama, dan ini hanyalah satu hiburan untuk sekadar memberikan terapi bagi para pejalan kaki. |
sumber:memobee.comD
Jumat, 20 Desember 2013
SEGERA Senjata Suspek Ditemui Dalam Longkang Kini ‘Joemar’ Pula Diburu!

KUALA LUMPUR – Pihak polis kini memburu seorang lagi rakan suspek kes rompakan dan bunuh pegawai Ambank yang dikenali sebagai ‘Joemar’.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ‘Joemar’ yang juga warga Indonesia dipercayai menjadi dalang yang bersubahat dan merancang rompakan dengan suspek utama. Malah dia turut disyaki menyimpan sebahagian besar wang hasil rompakan itu.
“Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Khalid berkata identity sebenar suspek utama telah pun dikenal pasti dia dia yang berusia 35 tahun itu berasal dari Sulawesi, Indonesia.
Lelaki itu diberkas oleh polis menerusi Ops Cantas kira-kira jam 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Oktober lalu.
Dalam serbuan itu, polis tidak menemui wang rompakan pada suspek dan hanya menemui wang berjumlah RM20,000 pada tiga ahli keluarga suspek yang ditahan sebelum ini.
“Setakat ini kita hanya menemui wang rompakan berjumlah RM20,000 daripada tiga ahli keluarga suspek utama yang ditahan sebelum ini,” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain, polis sudah menemui senjata yang digunakan oleh suspek dalam rompakan terbabit.
Senjata api jenis pump gun itu ditemui oleh anggota polis dalam longkang kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian di USJ 2 Sentral, Subang Jaya kira-kira jam 11 pagi ini.
Dalam kejadian rompakan 23 Oktober lalu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut.
Mangsa yang berkerja 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan ‘pump gun’ oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.
Kamis, 19 Desember 2013
Wanita Berb gel Digesa Ditarik Balik Kerakyatan
Kaherah – Padah bergambar bogel. Itu yang dialami oleh aktivis kontroversi Mesir, Alia al-Mahdy yang sanggup berbogel atas nama perubahan.
Tindakannya yang tidak bermoral itu telah menyebabkan aktivis Mesir memfailkan tuntutan di mahkamah supaya kerakyatannya ditarik balik kerana ia disifatkan sebagai memalukan negara.
Plaintif, Mahmoud Abdel Rahman, menyifatkan perbuatan Alia yang berbogel ketika mengadakan bantahan di depan kedutaan Mesir di Sweden sebagai merosakkan imej Mesir.
Dalam masa sama, menghina agama, justeru Mahmoud mendesak agar wanita itu ditangkap sebaik sahaja dia menjejak kaki ke Mesir.
Menurut Mahmoud, tindakan Alia yang berbogel bersama dua lagi aktivis wanita yang juga anggota kumpulan FEMEN amat memalukan.
Ketika mengemukakan tuntutan itu, Mahmoud turut menyertakan CD mengandungi video rakaman ketika bantahan itu dilakukan.
Dalam pada itu, Alia mendakwa dia menerima ugutan bunuh selepas berbogel dan kini takut untuk pulang ke negaranya, bimbang ditangkap.
Namun dia yang mendapat suaka di Sweden, berikrar untuk pulang ke Mesir demi untuk memperjuangkan apa yang kononnya satu kebebasan.
Baginya, berbogel merupakan satu kebebasan dan hak individu.
Alia yang pernah bergambar bogel di internet, mengaku dia tidak menyesal dan mahu berbogel lagi.
Rabu, 18 Desember 2013
Artis remaja kantoi Kain terselak ditiup angin di Red carpet
Pelakon Francia Raisa meninggalkan Karpet merah di Anugerah Pilihan Remaja dengan muka
Kemerahan akibat malu kantoi .





Insiden berlaku apabila artis Berusia 23 tahun, yang memainkan watak Adrian Lee dalam siri ABC secret Life of Remaja Amerika, tidak sengaja terdedah seluar dalam hitam apabila pakaian dress pendek berwarna merah jambu terselak ditiup angin ketika dia sedang berposing untuk jurugambar.
Kemerahan akibat malu kantoi .





Insiden berlaku apabila artis Berusia 23 tahun, yang memainkan watak Adrian Lee dalam siri ABC secret Life of Remaja Amerika, tidak sengaja terdedah seluar dalam hitam apabila pakaian dress pendek berwarna merah jambu terselak ditiup angin ketika dia sedang berposing untuk jurugambar.
Butiran Kenaikan Tarif Elektrik Diumum Isnin

PETALING JAYA – Kerajaan pada Isnin dijangka mengumumkan butiran kenaikan yang dijangkakan dalam kadar tarif elektrik – 15%, atau 4.9 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWj).
Menurut sumber-sumber, pengumuman itu dijangka akan dibuat di Parlimen.
Pada 27 November lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keputusan akhir berhubung kenaikan itu masih belum dibuat oleh Kabinet, tetapi kenaikan tersebut boleh berlaku bila-bila masa pada tahun 2014.
Ongkili berkata, keputusan akhir pada masa dan kuantum kenaikan akan dilakukan oleh Kabinet.
Beliau berkata, kenaikan tarif itu perlu bagi memastikan daya saing jangka panjang Malaysia dan kemampanan sektor kuasa.
Kadar tarif purata di Malaysia adalah 33.5 sen per kWj, iaitu kira-kira 8.5 sen, atau 25.3 %, di bawah “kos sebenar” kuasa dianggarkan 42 sen per kWj.
Berdasarkan kadar semasa, pelarasan yang dicadangkan dalam tarif elektrik mungkin akan melibatkan peningkatan sehingga 7 sen setiap kWj.
Melihatnya dari sudut perspektif, perkakas rumah yang menggunakan pada 1,000 W, jika tidak dihidupkan selama satu jam, akan membakar satu kWj elektrik.
Industri dan kumpulan perdagangan secara kolektifnya menggunakan kira-kira 75% daripada tenaga elektrik yang dijana di Malaysia, dan pada masa ini tarif purata bagi industri adalah sebanyak 32.2 sen setiap kWj, manakala bagi pengguna komersil berjumlah 42 sen per kWj dan kediaman di 29.7 sen setiap kWj.
Mengenai golongan berpendapatan rendah, Ongkili berkata, kerajaan akan memastikan bil elektrik mereka tidak akan terjejas teruk oleh tarif yang baru.
“Apabila kita bercakap mengenai meningkatkan tarif elektrik, apa yang penting bagi kami sebagai kerajaan adalah untuk mempertimbangkan kesan kepada pengguna, terutamanya golongan berpendapatan rendah,” katanya.
Kerajaan mengulanginya sewaktu Belanjawan 2014 pada Oktober lalu bahawa ia akan berpegang kepada pelan untuk mengurangkan secara berperingkat subsidi bagi memperbaiki kedudukan fiskal negara.
Pelan ini adalah untuk mengurangkan jumlah subsidi kepada RM39.4 bilion tahun depan daripada hampir RM47 bilion diperuntukkan untuk pelbagai subsidi, insentif dan bantuan pada 2013.
Subsidi untuk sektor tenaga sahaja dianggarkan kos RM8 bilion sehingga RM12 bilion setahun kepada Kerajaan untuk bergantung kepada harga semasa bahan api input, khususnya gas.
Gas kini mencakupi kira-kira 50% daripada bahan api yang digunakan untuk penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia, manakala arang batu menyediakan 40%, kuasa hidro kira-kira 8% dan sumber yang boleh diperbaharui kira-kira 2%. Gas dibekalkan oleh Petroliam Nasional Bhd kepada sektor tenaga pada harga subsidi, manakala arang batu diperolehi pada harga pasaran.
Tarif elektrik kali terakhir di Malaysia disemak semula pada Jun 2011 selepas kerajaan menaikkan harga gas bersubsidi kepada sektor tenaga kepada RM13.70 daripada RM10.70 setiap juta metrik unit termal British (mmbtu).
Gas kini disebut harga pada sekitar RM50 per mmbtu di pasaran antarabangsa.
Selasa, 17 Desember 2013
Tolak Wang Damai Lelaki Ini Dilindas Buldoser
NET
Mangsa, bernama He Zhi Hua. Ia menolak wang damai yang ditawarkan oleh pejabat pemerintah setempat. Korban rencananya akan direlokasi dari Desa Changsha, di Provinsi Hunan, agar tanah itu bisa dipergunakan sebagai kawasan komersial.
Ia pun bersikukuh tetap tinggal di desa itu, dan menentang upaya penggusuran atas perintah wakil wakil Wali Kota setempat tersebut yang telah mengerahkan buldozer untuk menggulung rumah-rumah yang ada disana. Guna menghentikan laju buldozer Zhi Hua, nekat berbaring di depan roda besi kendaraan berat tersebut.
Namun tanpa perasaan, pemandu buldozer itu tetap memacu laju kenderaanya, dan melindas Zhi Hua hingga rata dengan tanah.
Menurut sejumlah laporan, pihak berwenang setempat telah mengusir sebahagian besar warga Desa Changsha ketikapemandu kenderaan konstruksi milik negara itu melakukan pembunuhan terhadap Zhi Hua.
Foto mengerikan dari kebrutalan aparatur Cina itu, sudah tersebar luas di dunia maya. Dimana salah satunya memperlihatkan, bahagian tubuh manusia yang berceceran di bawah roda besi dari kenderaan konstruksi raksasa itu.
Tidak jelas bila insiden itu terjadi, dan bila gambar-gambar itu diunggah ke dunia maya. Namun media online Dailymail, mempublikasikan foto-foto mengerikan itu di hari Selasa (25/9/2012), waktu setempat.
Pihak berwenang lokal di Desa Changsha, dilaporkan berusaha untuk menutupi insiden tersebut dengan mengerahkan keamanan untuk mengendalikan penduduk yang marah.
Juga terhembus isu bahawa pihak keluargalelaki itu ditawari wang tutup mulut agar tidak bicara tentang kejadian itu, menurut web infowars.com.
Web ini juga melaporkan bahawa setelah pembunuhan itu terjadi, sebanyak 200 petugas kselamatan dikirim ke lokasi kejadian untuk memadamkan protes-protes penduduk setempat. (dailymail)
via Weibo
dailynews.com
Senin, 16 Desember 2013
Hajat Akhir Ahmad Busu Jumpa Keluarga di Perak Tertunai
Hajat Akhir Ahmad Busu Jumpa Keluarga di Perak Tertunai | Sebelum pergi selama-lamanya Ahad lepas, Allahyarham Ahmad Busu, sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak.

Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu.
"Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain.
"Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.
Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat angin ahmar.
"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas.
"Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya.
Jenazah disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Seri Mohamad, 54, dan empat orang anak iaitu Nur Hamizah, 24, Mohd Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5 tahun.
Sementara itu Bernama melaporkan, Allahyarham sering membaca al-Quran walaupun tidak bermaya akibat menghidap diabetes.
Allahyarham juga menganggap dirinya seperti ‘Pelajar ITM’ iaitu ‘ibadat menunggu mati’.
"Dia selalu sakit sejak akhir-akhir ini namun pada saya, kesakitan itu yang buat dia lebih banyak beribadah... ibarat dia tahu yang dia dah nak pergi,” kata Seri Mohamad.
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Katanya, arwah juga menyatakan amat ingin berjumpa kawan-kawan lamanya.
"Bila arwah selalu sangat kata nak jumpa kawan-kawannya, saya rasa lain tapi Alhamdulillah, semasa cuti Deepavali, dapat juga arwah balik kampung di Taipingdan sempat jumpa kawan-kawan sekolahnya," katanya.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah ialah Imuda, penyanyi Nash, Bob Lokman, Datuk Jamali Shadat, Datuk DJ Dave dan Datuk Baharuddin Omar.
sumber:

Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu.
"Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap lain.
"Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana, " ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.
Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat angin ahmar.
"Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu lalu dan kami bawanya ke hospital semalam (Ahad) selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas.
"Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok," ujarnya.
Jenazah disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Seri Mohamad, 54, dan empat orang anak iaitu Nur Hamizah, 24, Mohd Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5 tahun.
Sementara itu Bernama melaporkan, Allahyarham sering membaca al-Quran walaupun tidak bermaya akibat menghidap diabetes.
Allahyarham juga menganggap dirinya seperti ‘Pelajar ITM’ iaitu ‘ibadat menunggu mati’.
"Dia selalu sakit sejak akhir-akhir ini namun pada saya, kesakitan itu yang buat dia lebih banyak beribadah... ibarat dia tahu yang dia dah nak pergi,” kata Seri Mohamad.
Katanya, arwah juga menyatakan amat ingin berjumpa kawan-kawan lamanya.
"Bila arwah selalu sangat kata nak jumpa kawan-kawannya, saya rasa lain tapi Alhamdulillah, semasa cuti Deepavali, dapat juga arwah balik kampung di Taipingdan sempat jumpa kawan-kawan sekolahnya," katanya.
Antara rakan artis yang hadir menziarahi jenazah ialah Imuda, penyanyi Nash, Bob Lokman, Datuk Jamali Shadat, Datuk DJ Dave dan Datuk Baharuddin Omar.
sumber:
Langganan:
Postingan (Atom)
